November 7, 2011

Lirik lagu Fikirkan Boleh

Lirik lagu Fikirkan Boleh daripada METROPOLITAN   yang memberikan kita motivasi. Tiada apa yang mustahil jika kita fikirkan kita boleh dan boleh...

 


Fikirkan Boleh

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan (kekalahan)
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan BOLEH

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau BOLEH

July 13, 2011

Siapa aku? Siapa aku?

Siapa aku? Aku seorang JUARA!
Siapa aku? Aku seorang yang HEBAT!
Siapa aku? Aku seorang yang KAYA!
Siapa aku? Aku seorang yang PEMURAH!
Siapa aku? Aku adalah AKU!!



Kata-kata affirmation kepada diri sendiri di depan cermin di waktu pagi.

February 23, 2011

Senyum, tak perlu buat apa-apa

Senyum itu indah,
Senyum itu rezeki,
Senyum itu mudah,
Senyum itu mesti,

Senyum itu percuma :)

Dengarlah lagu dari Malique feat Najwa

February 18, 2011

Termenung itu rugi

Burung helang terbang ke gunung,
Bukan gunung daik bercabang tiga,
Apabila seseorang suka termenung,
Jika tiada hasil memang ruginya.

February 16, 2011

Santai petang

Ikan emas berumah kaca,
Berada damai di para kayu,
Tabiat lama suka membaca,
Sambil menghirup teh susu

February 13, 2011

Pantun Gembira

Gembira rasa dihati,
Berjumpa artis yang diminati,
Bertemu rakan  yang ku hormati,
Sesudah berbulan ku menanti

February 11, 2011

Pantun Makan

Mak Minah pergi ke pekan,
Beli makan laut iaitu ikan,
Pernah anda dengan bosan tahap tertekan,
Itu adalah aku  sampai 6 kali makan !!!

February 9, 2011

Makan berpada-pada

Makan Pagi Seperti Raja,
Makan Tengah Hari Seperti Seorang Putera,
Makan Malam Seperti Seorang Fakir.

February 7, 2011

Cuaca itu penunjuk

"Apabila cuaca tengah panas elok sahaja suasananya. Tetiba, datang hujan yang turun dengan lebat berserta petir dan guruh yang memecah sunyi langit. Kita rasa 'frust', emosi bercampur baur. Tetapi selepas itu, muncullah pelangi yang cantik."

Ya. Hidup ini tidak setiasa mudah(cuaca elok). Pastinya terdapat halangan, kesulitan dan kepayahan (hujan,petir dan guruh).Tetapi, bagi setiap cabaran yang ditempuhi pasti ada nikmat,ganjaran (pelangi) di kemudian hari.

p/s Chill Ok :)

February 4, 2011

Cakap dengan diri sendiri

Jika aku terjatuh, biarkanku bangun sendiri dan jika aku terjatuh dan terluka, bantu aku.

February 1, 2011